Top

Pubu飽讀電子書

DIALOG KECIL PYANHABIB: BONUS, TERUSKAN SAJA, BIB!

出版日期:2018/08/15
出版:itbm / ITBM
作者:Pyanhabib
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:258
ID:132857

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

Dialog Kecil menghimpunkan 26 buah temu bual eksklusif Pyanhabib dengan beberapa orang penulis dan pelukis tanah air yang secara tidak langsung telah merakamkan sebahagian daripada hingar-bingar dunia seni dan sastera pada dekat dan zamannya itu.

Kendatipun apa yang dikumpulkan dalam buku ini tidak mencatatkan sepenuhnya tentang apa yang berlaku dalam dunia seni dan sastera tanah air - sebagai sidang pengarang majalah Mastika yang juga penggiat seni dan sastera, Pyanhabib cukup memahami apa yang ditanyakan kepada orang yang dia ajak berbual, cukup merasai derita dan bahagia kerja-kerja di pentas tater serta cukup pula mengenali resah pelukis yang tumpah menjadi garis-garis kanvas.

Tidak cukup dengan itu, buku ini juga menghidangkan "bonus" Teruskan Saja, Bib! di penghujungnya. Dua puluh buah catatan kecil Pyanhabib tentang penghijrahannya dari kampung halaman ke Kuala Lumpur. "Gua pergi KL sebab mahu jadi Latiff Mohidin!" Itu sepatah kata Pyanhabib. "Dari Taiping ke Anak Alam, kemudian ke Utusan, main filem ... sekarang duduk rumah main dengan budak kecik (anak saudara), tolong bini angkat tong gas, sidai kain, angkat kain, lipat kain dan jual buku sendiri terbitan ITBM. Ha ha ha!"

Apabila ditanya berapa banyak upah dia dapat sebagai pelakon filem, Pyanhabib menjawab, "Lu dah makan nasik!? Ha ha ha!"

留言Facebook

顯示更多