Top

Pubu飽讀電子書

Polemik Kelapa Sawit Anugerah Atau Musibah

出版日期:2017/02/20
出版:itbm / ITBM
作者:Alain Rival, Patrice Levang
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:87
ID:90413

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

Perkembangan pesat penanaman kelapa sawit menimbulkan banyak persoalan sosial seperti biodiversiti, pembasmian hutan, tabiat pengambilan makanan atau pelaburan beretika. Bagaimanakah tanaman ini boleh dianggap sebagai pokok ajaib oleh industri agropemakanan di negara-negara Utara dan pekebun di kawasan tropika sedangkan dilihat sebagai ancaman ekologi yang serius oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan alam sekitar atau hak penduduk asli?

Dalam buku ini, penulis yang juga seorang ahli biologi dan ahli ekonomi pertanian, menggambarkan sektor tropika dunia yang kompleks dan sering menimbulkan pertikaian yang bercanggah dalam kalangan pihak berkepentingan. Pokok kelapa sawit sudah menjadi tanda bagi evolusi perhubungan negara-negara Utara-Selatan dalam pembangunan pertanian. Ternyata minyak sawit dikeluarkan dan digunakan di negara-negara Selatan; daganganya didorong oleh negara membangun, walaupun sebahagian besar perubahan itu berlaku di negara-negara Utara juga sektor ini dipersoalkan tentang isu etika dan alam sekitar.

Kontroversi awam tentang minyak sawit lazimnya berdasarkan pendapat yang disokong oleh kenyataan yang tidak dapat dipertikaikan dan adakalanya dibesar-besarkan.

Penyelidik memberikan hujah mereka secara halus, dengan disokong oleh data saintifik dan pengalaman bidang yang dikongsi. Kajian mereka membantu dalam menyarankan pendapat yang lebih seimbang dengan mengalihkan tumpuan ke negara-negara Selatan, iaitu kawasan pengeluaran khusus dan penguuna utama minyak sawit.

留言Facebook

顯示更多